Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Arsenal kembali ke puncak liga

    LONDON, 19 SEPT – Arsenal kembali ke puncak Liga Perdana dengan kemenangan dominan 3-0 di Brentford, manakala Everton menewaskan West Ham 1-0 untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka musim ini kelmarin.

    Kecederaan kapten Arsenal Martin Odegaard dan Oleksandr Zinchenko telah melemahkan skuad Arsenal sehingga Ethan Nwaneri yang berusia 15 tahun beraksi dari bangku simpanan dan menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga Perdana.

    Bagaimanapun, The Gunners langsung tidak terjejas tanpa beberapa pemain tonggaknya di halaman yang menyaksikan mereka tewas 2-0 musim lalu.

    Skuad kendalian Mikel Arteta kini kembali memintas Manchester City dan Tottenham untuk terus menerajui liga dengan kelebihan satu mata.

    William Saliba dan Gabriel Jesus menjaringkan gol sebelum separuh masa dan Fabio Vieira menandakan permulaan Liga Perdana pertamanya dengan jaringan menakjubkan selepas rehat.

    Bos Brentford, Thomas Frank berkata dia percaya Arsenal akan menjadi pencabar kejuaraan dan mereka bermain cemerlang untuk menyingkirkan Bees dalam 45 minit pertama.

    Sebaik sahaja perlawanan itu bermula, Arsenal bangkit dengan bergaya daripada kekalahan pertama mereka musim ini di tempat lawan kepada Manchester United dua minggu lalu.

    Ia mengambil masa 17 minit untuk anak buah Mikel Arteta membuat jaringan apabila Saliba memastikan bola sepakan sudut Bukayo Saka ditanduk tepat untuk membolosi gawang Brentford.

    Jesus juga menggunakan kepalanya untuk menjaringkan gol keempatnya dalam tujuh perlawanan Liga Perdana sejak menyertai dari Manchester City ketika dia menghasilkan jaringan hasil daripada hantaran menarik dari Xhaka. – AFP

    Aksi Gabriel Martinelli mengawal bola semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brentford di stadium Komuniti Gtech, London pada 18 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...