Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Arsenal lanjutkan rekod cemerlang

    BOURNEMOUTH, 21 OGOS – Mikel Arteta berkata Arsenal berazam untuk menebus keperitan pada penghujung musim lalu selepas pasukannya berjaya menerajui kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan mencatat kemenangan 3-0 di Bournemouth.

    Ketua pasukan, Martin Odegaard menyumbat dua gol dalam masa 11 minit pertama dan rembatan menarik daripada William Saliba pada separuh masa kedua melanjutkan permulaan cemerlang Arsenal bagi kempen baharu selepas tiga perlawanan.

    Pada peringkat sama musim lalu, Arsenal gagal meraih sebarang mata dan mencatatkan permulaan terburuk dalam masa 67 tahun.

    Walau bagaimanapun, keputusan lima kekalahan dalam 10 perlawanan terakhir telah mengakibatkan mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara setelah seteru mereka, Tottenham berjaya mengesahkan kedudukan empat teratas.

    “Dalam kehidupan pengalaman sukar membuatkan kita lebih kuat dan kita belajar lebih banyak berbanding saat indah,” kata Arteta. “Momen itu sangat menyakitkan dan kami tidak mahu ia berulang.”

    Aksi Bukayo Saka melepaskan kawalan daripada pemain Bournemouth, Jordan Zemura semasa pertemuan di Stadium Vitality, 20 Ogos lalu. – AP

    Ketibaan Gabriel Jesus dan Oleksander Zinchenko dari Manchester City setakat ini banyak membantu Arsenal mencapai satu peringkat baharu, sementara Saliba dilihat berjaya menyesuaikan diri di Liga Perdana selepas tiga musim dipinjamkan ke Perancis.

    “Kemenangan ini membuatkan kehidupan berubah sepenuhnya,” tambah Arteta. “Suasana yang baik dan pasukan bersatu.”

    Jesus sekali lagi menjadi nadi utama dalam serangan Arsenal, meskipun bekas penyerang Manchester City itu gagal menambah koleksi dua gol dalam dua penampilan pertama bersama kelab.

    Penyerang Brazil itu menunjukkan kekuatan fizikal untuk menyaingi Marcos Senesi dan membantu Gabriel Martinelli dalam serangan yang membawa kepada gol pembukaan.

    Mark Travers berjaya menghalang percubaan rendah Martinelli, namun bola terlantun kepada Odegaard yang dengan mudah menyudahkan bola ke dalam gawang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...