Arsenal mara pusingan ke-6 Piala FA

PORTSMOUTH, 3 MAC – Arsenal berjaya melangkah ke pusingan keenam Piala FA selepas mengalahkan Portsmouth 2-0 di Fratton Park kelmarin.

Portsmouth, pasukan tanpa kalah di tempat sendiri dalam Liga One, beraksi lebih baik pada separuh masa pertama tetapi gagal menemui jaringan, namun Arsenal mendahului melalui jaringan Sokratis Papastathopos.

Jaringan kedua Arsenal dijaringkan oleh Eddie Nketiah selepas babak kedua perlawanan.

Bagi Arsenal dan jurulatihnya, Mikel Arteta, telah membuat sembilan perubahan termasuk mengetepikan ketua pasukan mereka, Pierre-Emerick Aubameyang yang direhatkan dan ia merupakan tindak balas yang baik selepas kekalahan dan tersingkir dari Liga Europa Khamis lepas. Mereka berjaya untuk mencuba dan menambah trofi kejuaraan Piala FA mereka.

Permulaan yang agak perlahan Arsenal pada awal perlawanan tidak dapat membantu sejurus selepas Lucas Torreira menerima cabaran yang agak kasar dari James Bolton yang mengakibatkan Torreira cedera dan digantikan oleh Dani Ceballos.

Pada minit keempat masa kecederaan, sepakan sudut Arsenal melalui Ceballos kepada pemain England Bawah-21 Reiss Nelson memberi ruang untuk Sokratis melakukan jaringan.

Arsenal jauh lebih pantas pada babak kedua perlawanan dan menggandakan kelebihannya tidak lama kemudian selepas Nketiah menjaringkan gol dengan baik dari jarak dekat. – AP

Aksi pemain Arsenal, Eddie Nketiah, ketika mengawal bola semasa perlawanan bola sepak pusingan kelima Piala FA antara Portsmouth dan Arsenal di Stadium Fratton Park di Portsmouth, England, 2 Mac. – AP