Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Arsenal menang menentang Zurich

    PARIS, 9 SEPT – Pemain muda Brazil Marquinhos menjaringkan gol pada penampilan sulungnya ketika The Gunners memulakan kempen Liga Europa mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas FC Zurich di Switzerland pada awal pagi tadi.

    Marquinhos yang berusia 19 tahun, ditandatangani dari Sao Paulo pada Jun, menjaringkan gol melalui sentuhan pertama hasil hantaran lintang rendah Eddie Nketiah pada minit ke-16 untuk meletakkan Arsenal di hadapan di bandar St Gallen.

    Zurich, yang merupakan juara Switzerland musim lalu buat kali pertama sejak 2009, menyamakan kedudukan sejurus sebelum separuh masa apabila Mirlind Kryeziu menyempurnakan sepakan penalti selepas kekasaran di dalam kotak oleh Nketiah.

    Bagaimanapun, Nketiah berhasil menjaringkan gol kemenangan sejurus selepas sejam perlawanan, yang menanduk masuk hantaran daripada Marquinhos.

    Perlawanan itu berlangsung ketika berita kemangkatan Ratu Elizabeth II, dan kedua-dua pasukan bertafakur seminit sebelum bermulanya separuh masa kedua.

    Pemain Arsenal bergambar ramai sebelum perlawanan bola sepak Liga Europa menentang FC Zurich, di stadium Kybunpark, di St. Gallen, Switzerland pada 8 September. – AP

    Kemenangan itu menjadikannya permulaan yang sempurna dalam Kumpulan A untuk Arsenal, selepas jurulatih Mikel Arteta membuat lapan pertukaran pada barisan pemainnya berikutan kekalahan 3-1 di Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu.

    Gabriel Jesus, Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale adalah antara pemain yang direhatkan sementara Marquinhos membuat penampilan pertamanya, begitu juga penjaga gol, Matt Turner, yang ditandatangani pada musim penutup dari New England Revolution.

    Fabio Vieira turut membuat permulaan pertama sejak menyertai Porto.

    Saingan kumpulan PSV Eindhoven dan Bodo/Glimt seri 1-1 di Belanda, dengan Cody Gakpo menyamakan kedudukan untuk pasukan Ruud van Nistelrooy selepas Albert Gronbaek memberi pendahuluan kepada juara Norway itu.

    Arsenal mengalu-alukan PSV ke Stadium Emirates Khamis depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...