Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Arsenal sambar Gabriel Jesus

    LONDON, 4 JULAI – Arsenal telah melengkapkan pembelian penyerang Manchester City, Gabriel Jesus dengan bayaran sekitar AS$54 juta, menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh kelab London itu kelmarin.

    Jesus, yang menjaringkan sebanyak 95 gol dalam 236 penampilan bagi City, telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal selepas memutuskan untuk meninggalkan juara Liga Perdana itu bagi mencari aksi pasukan utama yang lebih kerap. Di samping itu, pemain antarabangsa Brazil itu juga bakal bertemu semula dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yang merupakan pembantu Pep Guardiola di City sebelum dia mengambil alih tugas di Stadium Emirates.

    Kerjaya Jesus dijangka akan merosot di bawah kendalian City sekiranya dia kekal dalam tahun terakhir kontraknya ketika juara itu telah meningkatkan pilihan penyerang mereka dengan pembelian Erling Haaland dan Julian Alvarez.

    Mengakui kehadiran Arteta di Emirates berpengaruh dalam keputusannya untuk menyertai Gunners, Jesus berkata: “Kami bercakap beberapa kali mengenai pemain, projek dan masa depan kelab itu.

    “Saya percaya 100 peratus pada Mikel. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya sebelum ini. Dia seorang yang sangat ramah dan seorang jurulatih yang hebat,” ujarnya.

    Walaupun telah menyerahkan kontrak lima tahun baharu kepada Eddie Nketiah, Jesus dijangka mengetuai barisan pasukan Arteta ketika The Gunners menyasarkan untuk menamatkan kemarau enam tahun dalam Liga Juara-Juara.

    Pemain berusia 25 tahun itu memenangi empat kejuaraan Liga Perdana antara lapan gelaran utama semasa bersama City selepas menyertai pasukan pada Januari 2017. – AFP

    Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus menandatangani kontrak dengan Arsenal dengan bayaran sekitar AS$54 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...