Arsenal tanpa khidmat Torriera

LONDON, 9 MAC – Pemain tengah Arsenal Lucas Torreira tidak mungkin bermain semula musim ini selepas kelab itu mengesahkan hari ini bahawa pergelangan kakinya yang patah memaksa beliau diketepikan sehingga 10 minggu.

Pemain antarabangsa Uruguay berusia 24 tahun, diturunkan pada awal musim beraksi di Piala FA ketika Arsenal menang 2-0 ke atas Portsmouth minggu lalu dan kemudian terpaksa meninggalkan padang di Stadium Fratton Park dengan menggunakan tongkat.

Kelab itu mengumumkan bahawa proses pemulihannya dijangka akan mengambil masa antara lapan hingga 10 minggu.

Pada Khamis lalu, sebelum kemenangan Arsenal menentang West Ham, jurulatih Gunners, Mikel Arteta mengatakan dia berharap Torreira akan dapat bermain lagi musim ini.

Tetapi situasi sekarang kelihatan sangat mustahil dan tidak mungkin dia dapat beraksi serta tidak tahu berapa lama ia akan pulih dengan cepat. – AFP

Reaksi Lucas Torreira ketika mengalami kecederaan patah di pergelangan kaki semasa perlawanan menentang Portsmouth di Stadium Fratton Park, London. Beliau terpaksa diketepikan daripada beraksi sehingga 10 minggu. -AFP