Arsenal tewaskan West Ham

LONDON, 10 DIS – Arsenal mengakhiri badi tanpa kemenangan berturut-turut yang panjang dengan kebangkitan semula pada separuh masa kedua apabila West Ham 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Arsenal hampir-hampir mengalami kekalahan ke-10 apabila Angelo Ogbonna menjaringkan gol untuk West Ham di separuh masa pertama.

Tetapi mereka bangkit selepas waktu rehat.

Selama hampir satu jam, Gunners kelihatan dalam kelesuan dan kekecewaan, Kemudian Gabriel Martinelli menjaringkan gol pertamanya dalam aksinya di liga itu, secara klinikal menyempurnakan hantaran lintang sebelah kiri dari Sead Kolasinac pada minit ke-60.

Arsenal kembali bersemangat selepas gol tersebut. Pierre-Emerick Aubameyang merampas bola di luar kawasan permainan dan menghantar kepada Nicolas Pepe, melakukan sepakan leret yang melepasi penjaga gol David Martin untuk memastikan Arsenal di hadapan.

Beberapa saat kemudian, Arsenal menjarakkan lagi jurang apabila Mesut Ozil memberi bola kepada Pepe di sebelah kanan, yang kemudian membuat hantaran silang menemui Aubameyang, yang berada dalam kedudukan baik untuk melakukan rembatan tajam menerjah gawang. – AP

Pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Gabriel Martinelli meraikan gol ketiga Arsenal semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham Utd dan Arsenal di London Stadium, London. – AP