STOKE-ON-TRENT, United Kingdom, 14 Mei – Olivier Giroud menjaringkan dua gol apabila Arsenal menang 4-1 ke atas Stoke City awal pagi tadi untuk mengekalkan harapan pengurus Arsene Wenger untuk tamat pada empat kedudukan teratas dan kelayakan Liga Juara-Juara.
Arsenal gelisah dalam separuh masa kedua selepas pemain gantian Stoke, Peter Crouch mengurangkan jurang menjadi 2-1 dengan gol diraih menggunakan tangannya yang mana jaringan disahkan.
Namun akhirnya pasukan Wenger bangkit dengan persembahan klinikal untuk mengorak langkah dalam satu mata antara Liverpool yang menduduki tempat keempat.
Giroud telah mencipta jaringan pembukaan pada minit ke-42 apabila Arsenal mematahkan pertahanan Stoke.
Francis Coquelin memberikan hantaran rendah melepasi beberapa orang pemain pertahanan Stoke yang berjaya disambut oleh Giroud yang tidak dikawal dan kemudian mencipta gol dari jarak dua ela.

Sebarang keraguan tentang hasil permainan telah lenyap apabila Arsenal menggandakan pendahuluannya menerusi Mesut Oziil pada minit ke-55 dengan jaringan mudah yang menakjubkan.
Ketinggalan dua gol, Stoke akhirnya bersemangat semula selepas pengurusnya Mark Hughes memasukkan Saido Berahino dan Crouch sebagai penyerang gantian.
Selepas berdepan tekanan, Marko Arnautovic mara ke sebelah kiri pada minit ke-67 dan hantarannya sampai kepada Crouch, dan handball dilakukannya telah tidak disedari oleh para pegawai perlawanan.
Namun Arsenal memperlihatkan keazaman dan hanya mengambil masa sembilan minit untuk mengukuhkan keselesaan dua gol mereka dan mencipta kemenangan kelima dalam enam permainan terakhir mereka.
Bellerin sekali lagi melakukan serangan dan menemui Sanchez, yang menerpa sebelum melepaskan tendangan rendah dan melepasi tiang gol melalui lencongan Ryan Shawcross.
Jelas harapan tipis bagi Stoke dan gol kedua Giroud 10 minit sebelum tamat permainan memastikan bahawa dia sekali lagi mencipta gol dari jarak dekat, kali ini jarak enam ela. – AFP