SOUTHAMPTON, 27 Jan – Arsene Wenger berkata kunjungan Arsenal ke Southampton dalam persaingan pusingan keempat Piala FA esok berazam untuk membalas kekalahan penyingkiran mereka dari Piala Liga.
Pasukan kendalian Claude Puel melakarkan kemenangan 2-0 di Stadium Emirates pada November lalu dalam perlawanan Piala Liga dan pada Rabu lalu menempah tempat mereka ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan Liverpool.
Arsenal menjulang Piala FA pada 2014 dan 2015, dan Wenger berazam bagi aksi kembali ke Wembley, yang bermakna dia mungkin menolak daripada melakukan perubahan besar pada pemilihan skuadnya.Theo Walcott kembali beraksi bersama skuad Arsenal berikutan kecederaan, begitu juga dengan Per Mertesacker dan Mathieu Debuchy, tetapi Granit Xhaka masih menjalani penggantungan.
“Southampton menghasilkan persembahan luar biasa di Liverpool pada keseluruhannya untuk menjadikan perlawanan lebih menarik dan sukar,” kata Wenger.
“Mereka tidak kekurangan keyakinan pada ketika ini dan pasti mendapatkan sokongan besar, tetapi ia adalah perlawanan Piala FA dan kami mahu layak.
“Kami akan meletakkan pasukan pertama yang berpengalaman. Mungkin terdapat seorang atau dua orang pemain muda, tetapi tidak lebih.”
Wenger memuji pasukan Southampton bagi keupayaan mereka untuk membawa pemain muda sejak 10 tahun lalu, dengan dua pemain Arsenal, Walcott dan Oxlade-Chamberlain. – AFP