Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    ART sekolah kini dilaksanakan di rumah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Dengan mengambil kira perkembangan jangkitan pandemik COVID-19 di negara ini dengan merujuk nasihat daripada Jawatankuasa Pandu COVID-19, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pelaksanaan ujian pantas antigen (ART) di rumah secara berperingkat bagi pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 7 Februari bagi Tahun 11, 12 dan 13.

    Sementara itu bagi peringkat-peringkat lain, ia hanya akan bermula pada 14 Februari untuk semua institusi pendidikan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    “Proses dan tatacara pelaksanaan dan proses laporan ujian kendiri ART ini akan dimaklumkan kepada para ibu bapa dan penjaga pelajar oleh sekolah masing-masing,” jelas beliau.

    Yang Berhormat Dato turut menyatakan, Kementerian Pendidikan memaklumkan mengenai peralihan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tadika secara fizikal di bawah kawalan Kementerian Pendidikan khususnya bagi peringkat Tadika 1 dan 2 bagi murid-murid yang berumur antara tiga hingga empat tahun adalah dibenarkan beroperasi dengan kadar 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar.

    Gambar fail ujian ART dijalankan di sekolah pada Januari lalu. Ujian tersebut kini akan dilaksanakan di sekolah terlebih dahulu secara berperingkat.

    “Kebenaran untuk beroperasi pada had kapasiti ini bermula pada 7 Februari 2022. Walau bagaimanapun perkara ini adalah tertakluk kepada kesediaan institusi-institusi pendidikan masing-masing,” jelasnya.

    Sehubungan itu, garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang tersedia adalah dikekalkan untuk dilaksanakan bagi menjaga keselamatan pelajar-pelajar lain serta warga sekolah. Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta akan sentiasa memantau sekolah-sekolah ini dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

    Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa murid-murid tadika juga akan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan ART seminggu sekali dan dibolehkan untuk melaksanakannya di rumah bermula 14 Februari nanti.

    “Proses dan tatacara pelaksanaan dan proses laporan ujian kendiri ART ini akan dimaklumkan kepada para ibu bapa dan penjaga pelajar oleh sekolah masing-masing.

    “Walau bagaimanapun pembelajaran secara dalam talian akan masih diteruskan bagi murid-murid tadika yang belum dapat menghadiri pembelajaran secara bersemuka,” jelasnya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...