Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Arteh jaga nama baik ayah

    Mewarisi sisi jenaka arwah bapa, dua anak pelawak ‘otai’, Allahyarham Mr Os iaitu Hazwan dan Hafizul semahu-mahunya cuba merahsiakan identiti mereka berikutan gusar dikatakan menumpang populariti insan tersayang itu.

    Anak ketiga Allahyarham Mr Os, Hazwan atau nama penuh, Mohamad Hazwan Mohd Yusof, 30, memberitahu, dia dan Hafizul bimbang orang ramai meletakkan harapan tinggi selepas menyedari mereka anak Mr Os.

    “Kami takut orang kata menumpang populariti ayah. Apabila kami beri yang bagus, kami akan dikaitkan dengan arwah ayah.

    “Jika buat tak bagus, orang pertikai juga. Jadi, mental kami benar-benar kena kuat untuk melalui semua ini.

    “Kalau boleh, kami mahu sorok siapa arwah ayah sebab kena pikul tanggungjawab besar.

    Hazwan dan Hafizul semahu-mahunya cuba merahsiakan identiti mereka sebagai anak pelawak ‘otai’, Allahyarham Mr Os berikutan gusar dikatakan menumpang populariti insan tersayang itu. – Agensi

    “Arwah ayah pernah bertanding dan bergelar juara. Jadi, jika kami tidak menang, ia mendatangkan masalah. Kalau jadi juara pun berdepan masalah,” katanya kepada media.

    Allahyarham Mr Os atau nama penuh, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 8 April 2016 akibat kanser paru-paru. Hazwan mengulas pembabitan mereka dalam program realiti Mencari Sepahtu Yang Hilang.

    Hazwan berkata, dia dan adik menyertai program realiti berkenaan bukan disebabkan reputasi arwah, biarpun salah seorang ahli kumpulan Sepahtu iaitu Pak Ya tahu mereka anak Mr Os.

    “Kami masuk program itu bukan kerana nama ayah. Ketika hantar video uji bakat pertama, kami tidak sebut nama arwah pun.

    “Apabila sudah berjaya ke peringkat seterusnya, kami ditemu bual secara maya dengan ahli Sepahtu.

    “Ketika itu, baru Pak Ya perasan kami adalah anak Mr Os. Ketika ayah masih ada, kami yang menguruskan kerjayanya dan pernah berjumpa Pak Ya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...