Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Artemis 1 NASA dijangka berlepas Sabtu depan

    PUSAT ANGKASA KENNEDY, AMERIKA SYARIKAT, 31 OGOS – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Negara (NASA) akan membuat percubaan kedua untuk melancarkan roket ke bulan baharu yang berkuasa tinggi pada hari Sabtu, selepas pelancaran penerbangan ujian awal minggu ini ditangguhkan, kata seorang pegawai kelmarin.

    Misi yang sangat dinanti-nantikan, Artemis 1 akan membawa Amerika Syarikat (AS) selangkah lebih dekat untuk mengembalikan angkasawan ke bulan lima dekad selepas kali terakhir manusia menjejakkan kaki di permukaan bulan.

    Pengurus misi Mike Sarafin, berkata pasukan NASA sebulat suara setuju untuk memindahkan tarikh pelancaran ke Sabtu, 3 September depan bermula 2:17 petang waktu tempatan.

    Pelancaran roket Artemis 1 telah dirancang pada pagi Isnin lalu tetapi dibatalkan disebabkan ujian untuk mendapatkan salah satu daripada empat buah enjin RS-25 roket itu ke suhu yang sesuai untuk pelancaran tidak berjaya.

    Pegawai cuaca pelancar, Mark Burger berkata terdapat 60 peratus kemungkinan hujan atau ribut petir pada hari pelancaran, tetapi masih terdapat peluang yang agak baik dari segi cuaca untuk dilancarkan pada hari Sabtu.

    Kapsul Orion akan mengelilingi Bulan untuk melihat sama ada kapal itu selamat untuk orang ramai dalam masa terdekat. Di masa hadapan, Artemis berhasrat untuk meletakkan seorang wanita dan orang kulit berwarna di Bulan buat kali pertama. Semasa perjalanan selama 42 hari itu, Orion akan mengikuti laluan elips mengelilingi Bulan, datang dalam jarak 60 batu pada pendekatan paling hampir dan 40,000 batu pada jarak terjauh.

    Salah satu objektif utama adalah untuk menganalisa pelindung haba kapsul pada diameter 16 kaki iaitu terbesar pernah dibina. Apabila kembali ke atmosfera Bumi, perisai haba itu perlu menahan kelajuan 25,000 batu sejam dan suhu 2,760 darjah Celsius, kira-kira separuh dari kepanasan matahari.

    NASA dijangka memperuntukkan AS$93 bilion antara 2012 dan 2025 untuk program Artemis dengan perbelanjaan AS$4.1 bilion setiap pelancaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...