Arteta ‘cukup positif’ Aubameyang kekal bersama Arsenal

LONDON, 16 JUN – Mikel Arteta percaya Pierre-Emerick Aubameyang kekal bersama Arsenal walaupun penyerang itu mengakui bahawa dia menghadapi keputusan yang sukar untuk masa depannya.

Aubameyang akan menamatkan kontraknya pada Jun 2021 dan masih belum menandatangani perjanjian baharu di kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Beliau juga turut dikaitkan dengan Barcelona, ​​Real Madrid dan Chelsea, Aubameyang, yang berusia 31 tahun, mengeluarkan syarat bahawa dia dapat mempertimbangkan untuk meninggalkan London utara itu jika Arsenal tidak dapat menandingi cita-citanya.

Aubameyang, yang telah menjaringkan 61 gol dalam 97 penampilan untuk kelab itu, mengatakan bahawa dia merasa berada dalam kesukaran membuat keputusan kariernya.
“Arsenal memegang kunci untuk mengekalkan saya,” katanya.

“Terserah mereka untuk melakukan tugas mereka dan kemudian kita akan melihat bagaimana keadaannya.”

“Ini akan menjadi pilihan yang sangat sukar untuk dibuat. Ini boleh menjadi pilihan terpenting dalam karier saya tetapi tidak ada yang diputuskan buat masa ini,” tambahnya.

Namun, Arteta berkeras bahawa Aubameyang gembira di Arsenal dan jurulatih Sepanyol itu menerima apa saja keputusan dibuatnya sama ada penyerang bintangnya itu kekal dengan keputusan yang tepat untuk tinggal di Emirates.

“Saya rasa adalah tanggungjawab kita untuk membuatnya merasa bahawa ini adalah langkah seterusnya yang tepat dalam kariernya,” kata Arteta. – AFP

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang lalu. Arteta percaya Pierre-Emerick Aubameyang gembira kekal bersama Arsenal. – AP