Arteta puji ketua pasukan Arsenal

LONDON, 24 FEB – Mikel Arteta memuji ketua pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang selepas menghilangkan segala spekulasi mengenai komitmen beliau setelah mengetuai pasukannya dengan menjaringkan dua gol untuk menewaskan Everton 3-2 Ahad lalu.

Arsenal yang menghadapi musim yang tidak menentu telah dilihat gagal untuk bertarung bagi merebut tempat ke kejohanan Liga Juara-Juara musim depan.

Sebelum perlawanan, ketua pasukan Gunners menyatakan bahawa beliau kurang yakin dengan mentaliti penyerang Gabon tersebut tetapi gol Aubameyang pada permulaan separuh masa kedua nyata melenyapkan keraguan tersebut.

“Sebelum saya mengambil alih, saya sering tertanya-tanya mengenai beliau tetapi beliau menunjukkan komitmennya. Saya mahu melihat beliau menunjukkannya dan menunjukkannya secara fizikal,” ujar Arteta.

“Saya sangat gembira dengan beliau. Beliau menjaringkan gol-gol penting dan sebagai ketua pasukan beliau menunjukkan contoh yang baik kepada semua dengan cara melakukan kerja defensif.”

Arsenal berjaya memintas Everton di tangga ke-9 liga dan empat mata di belakang pasukan ke-5, Manchester United. – AP

Reaksi penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Arsenal menentang Everton Ahad lalu. – AP