Arteta raikan gol ke-100 Arsenal

LONDON, 8 NOV – Mikel Arteta meraikan perlawanan ke-100 beliau sebagai pengurus Arsenal dengan kemenangan 1-0 menentang Watford yang beraksi dengan hanya 10 pemain kelmarin ketika pasukan Gunners itu bangkit semula untuk naik ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).

Emile Smith Rowe memecah kebuntuan pada separuh masa kedua selepas persembahan hebat daripada penjaga gol Watford, Ben Foster telah mengecewakan pasukan tuan rumah, dengan Juraj Kucka dilayangkan kad merah pada minit akhir di stadium Emirates.

Tiga mata diperoleh bermakna Arsenal, tidak tewas dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan, mendahului Brighton dan Manchester United.

Watford hanya mempunyai dua mata di atas zon penyingkiran selepas tiga kekalahan dalam empat perlawanan liga di bawah pengurus baharu, Claudio Ranieri.

Pasukan Gunners musim lalu gagal melayakkan diri ke Eropah buat kali pertama dalam tempoh 26 tahun tetapi mereka kini tidak tewas dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan.

Reaksi pemain Arsenal, Emile Smith Rowe meraikan setelah menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak EPL menentang Watford di stadium Emirates kelmarin. – AP

Pasukan tuan rumah menyangka mereka telah mendahului pada minit ketujuh apabila Bukayo Saka melepaskan bola di kawasan itu selepas Foster menepis percubaan daripada Alexandre Lacazette.

Tetapi gol itu tidak dibenarkan kerana ofsaid berikutan ulasan VAR.

Arsenal diberikan sepakan penalti apabila bekas pemain pertahanan Tottenham, Danny Rose dengan tergesa-gesa menujahkan lengannya ke kepala Lacazete pada minit ke-34.

Tetapi Foster yang berusia 38 tahun itu berjaya menyelamatkan sepakan penalti Pierre-Emerick Aubameyang yang tidak meyakinkan.

Manakala Smith Rowe berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-56 dengan menjaringkan gol ketiganya dalam hampir kesemua perlawanan EPL apabila tendangannya dari tepi kotak penalti melencong dari Craig Cathcart menuju ke gawang. – AFP