Arteta yakin muka baharu mampu bantu kelab

LONDON, 13 OGOS – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata kelmarin bahawa ia adalah tugas kelab untuk membuatkan peminat teruja untuk musim baharu Liga Perdana Inggeris meskipun tidak mempunyai kuasa perbelanjaan yang besar untuk menjadi pencabar kejuaraan.

The Gunners gagal layak ke Liga Juara-Juara dalam tempoh lima musim, menamatkan di kedudukan kelapan semasa Arteta mengambil alih tugas dalam dua kempen kebelakangan.

Pengurus Arsenal itu sudah menguatkan pasukannya dengan pembelian 50 juta pound ke atas Ben White, pemain tengah Albert Lokonga dari Anderlecht dan pemain bek kiri Benfica, Nuno Tavares.

“Dalam tempoh pertama pasaran perpindahan pemain, saya merasakan kami telah melakukan beberapa perkara yang kami harus lakukan dan ia akan membantu kami untuk meletakkan pasukan di kedudukan yang lebih baik,” ujar Arteta menjelang perlawanan pembukaan menentang Brendford. – AFP

Gambar fail pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi arahan kepada pemain. Arteta percaya pemain baharu yang diberi musim ini dapat membantu kelab berada di kedudukan yang lebih baik.- Agensi