Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Artikel palsu tentang temu bual bitcoin Menteri Kesihatan

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini,  memaklumkan kepada orang ramai mengenai pengesanan artikel-artikel yang menyatakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan ditemu bual berkaitan dengan penjualan bitcoin.

    Kementerian Kesihatan mengesahkan maklumat yang dinyatakan dalam artikel tersebut adalah palsu. 

    Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terpedaya dan menghentikan penyebaran artikel-artikel berkenaan.

    Kementerian Kesihatan memandang serius akan perkara itu dan telah membuat laporan kepada pihak tertentu bagi siasatan lanjut.

    Bagi maklumat rasmi Kementerian Kesihatan, layari www.moh.gov.bn atau ikuti media sosial rasmi di @mohbrunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...