Artis berusia 88 tahun hasilkan ‘coretan harian’ semasa pandemik

WESTMORELAND – Sama seperti permukaan jam yang bulat, peralatan gear dan planet yang sering menghiasi seni lukisannya, Robert Seaman selalu melukis bulatan penuh.

Seaman, 88, mula melukis sejak dia masih kanak-kanak dan pada usia 60, dia meninggalkan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah untuk mengejar hobinya secara profesional. Tetapi ia mengambil masa sehingga berlaku pandemik koronavirus untuk dia kembali kepada minatnya.

“Ketika masih kanak-kanak, saya sering dikenali sebagai seorang yang suka bersendirian dan ekstrovert,” katanya. “Tetapi dalam fasa introvert, saya gemar pergi ke bilik saya di mana saya mempunyai meja untuk melukis dan saya akan meluangkan masa berjam-jam di sana melukis gambar. Itu yang saya lakukan ketika ini.”

Selasa lalu menandakan setahun sejak Seaman memulakan ‘coretan harian’ dari bilik apartmen yang kecil di kemudahan Maplewood Assisted Living di Westmoreland, New Hampshire. Dia menghabiskan kira-kira enam jam setiap hari melukis ilustrasi rumit dan penuh dengan hiasan, bermula dengan melukis menggunakan pensel dan diakhiri dengan dakwat, pensel berwarna dan cat air.

“Selepas menjalani kehidupan yang panjang, saya kembali melakukan apa yang saya buat ketika berusia 11 tahun,” katanya. “Dan ia sangat hebat, saya menggemarinya. Saya beruntung dapat melakukannya.”

Robert Seaman meninggalkan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah untuk mengejar hobinya suka melukis secara profesional. – AP
Antara lukisan yang telah dihasilkan. – AP
Seaman menghabiskan kira-kira enam jam setiap hari membuat ilustrasi rumit. – AP

Seaman berpindah ke Maplewood dua minggu sebelum sekatan pandemik yang memutuskan hubungan penduduk dari dunia luar. Selama beberapa bulan, mereka tidak dapat meninggalkan bilik mereka. Hanya minggu lalu mereka baharu dibenarkan untuk berinteraksi di tempat laluan dan bilik makan tanpa perlu memakai penutup mulut dan hidung.

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah hanya melakukan sesuatu benda gelap yang menggambarkan persekitaran yang terkurung dialami oleh kita dan kesukaran akibat pandemik,” katanya. “Kemudian ia mula memberi sinar dan saya rasakan ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dilakukan satu hari kelak.”

Dia mula menghantar lukisan kepada anak perempuannya, Robin Hayes dan rakannya serta keluarga. Hayes kemudian mengongsikannya di laman Facebook dan ketika minat semakin berkembang, tawaran mula dibuat terhadap lukisan asli atau bercetak untuk dijual di laman web, dengan separuh disalurkan kepada badan kebajikan, termasuk dana bantuan COVID-19, perlindungan golongan gelandangan dan pertubuhan yang membantu para pelarian.

Selepas hari silih berganti, hasil seni Seaman semakin menyerlah dari segi tema dan penampilan.

Beberapa seni mengagumkan dipaparkan dengan fiksyen sains, sementara lainnya menunjukkan bintang atau jenaka licik – #131, ‘Portraits of Shy Family,’ lukisan menggambarkan sisi bertentangan dengan kepala. Robot membawa bendera berwarna ungu di seluruh muka surat. Burung hitam muncul dari sebiji pai. Otak berada di antara dua roti burger. Seekor kucing yang disayangi, Piper, muncul dari semua senario.

Seaman, yang sudah menerima vaksin sepenuhnya sejak Januari, berkata dia ‘akan meninggal dunia’ sebelum ketandusan idea.

“Saya mungkin menonton sesuatu di televisyen, dan seseorang akan menggambarkan di atas dinding yang akan memberikan idea kepada saya. Atau perkara yang terlintas di fikiran saya. Apabila saya pergi tidur pada waktu malam, untuk beberapa minit, saya cuba berfikir mengenai idea baharu,” katanya. “Apabila saya kehabisan idea, saya hanya akan mula melukis satu objek dan ia seperti penyusunan ayat. Saya akan melukis dengan tangan dan secara tiba-tiba terfikir menyambung lukisan lain, jadi ia mula berkembang dari sana.

Craig dan Sandra Fox, dari Deerfield, membeli lukisan #13,271 dan 274 selepas mendengar mengenai Seaman di radio dan menambah kepada senarai e-mel harian.

“Semasa pandemik, banyak kebolehan normal dicungkil dan perhubungan dengan orang ramai semakin berkurangan, jadi saya dapat pendapat atau sesuatu yang tidak menunjukkan risalah atau rencana pada perbuatan harian adalah sangat hebat,” kata Craig Fox. “Saya mengumpulkan buku-buku dari orang yang saya kenali. Jika seseorang tahu mengenai ‘mengeratkan hubungan,’ dia gemar untuk melihat hasil lukisan Seaman.

“Ia seperti apa yang saya fikirkan, saya mempunyai banyak perasaan, tetapi saya mampu melihatnya dalam masa setengah jam dan melihat banyak perkara. Saya akan memberikan warna lain atau sesuatu yang tidak pernah disedari sebelum ini.” – AP