Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Artis cipta anting-anting candelier bercahaya

NEW YORK CITY, 18 JAN – Ingin bergaya dengan anting-anting istimewa yang boleh memancarkan cahaya? Ciptaan Diana Caldarescu boleh jadi sesuatu yang awda cari untuk bergaya ke mana-mana sahaja.

Diana, merupakan pereka teknikal dan pengilustrasi fesyen yang berbakat, telah mereka anting-anting miniatur berbentuk candelier yang benar-benar boleh bercahaya.

Menurut laporan Oddity Central, pereka muda berpangkalan di New York mereka anting-anting itu menggunakan aloi, perak sterling, emas 14 karat dan kaca kristal serta menambah sedikit magis dengan membentuk lampu LED di hujung rekaan lilin yang bercahaya sebaik sahaja butang yang tersembunyi di belakang telinga pemakainya ditekan.

Ia dikuasakan bateri kecil yang diletakkan dalam kompartmen dalam candelier itu.

Tidak jelas berapa lama bateri kecil itu dapat bertahan, namun ia cukup untuk memberikan impresi kepada awda. Bateri itu juga boleh diganti.

Diana yang membesar di Los Angeles, sering menggayakan pakaian gaya vintaj apabila keluar bersantai di pelbagai pawagam di sekitar bandar itu dan pengalaman itu memberi inspirasi kepadanya mencipta anting-anting menarik itu.

Baru sahaja menamatkan pengajiannya di Kolej Trade-Technical Los Angeles, Diana pada masa ini menjalankan perniagaan membuat barangan kemas dan mempunyai laman web perniagaannya sendiri. – Agensi

Gambar dari laman web Diana Caldarescu menunjukkan gadis itu menggayakan anting-anting candelier yang bercahaya. -Agensi
Rekaan anting-anting yang menampilkan cahaya apabila butang baterinya ditekan di belakang telinga pemakainya. – Agensi

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -