Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Artis cipta kek perkahwinan gergasi

    LISBON, PORTUGAL, 18 NOV – Artis Portugal berusia 51 tahun, Joana Vasconcelos, yang terkenal dengan hasil ciptaan seni gergasi, menyahut cabaran untuk mencipta sebiji kek perkahwinan seramik 12 meter tinggi dan 15 meter lebar untuk dipamerkan di England.

    ‘Kek Perkahwinan’ itu sebahagian besarnya dibuat daripada jubin seramik terkenal di Portugal bergelar ‘azulejos.’ Vasconcelos menggunakan jubin warna merah muda, hijau, biru dan kuning untuk projek terbesarnya itu.

    Dia berasa teruja dengan projeknya.

    “Setiap hari awda tahu sesuatu akan berlaku dan sesuatu baharu akan timbul dan awda perlu menyelesaikan masalah,” katanya dalam temu bual bersama The Associated Press.

    “Ia sesuatu yang amat dinamik dan mencabar.”

    Vasconcelos telah membina reputasinya sejak dua dekad lalu. Hasil ciptaannya memaparkan seni saiz gergasi berdasarkan kraf tangan tradisi Portugal.

    Projek popular beliau sebelum ini termasuk candelier lima meter panjang yang dibuat daripada 25,000 tampon berbalut, sepasang kasut tumit tinggi, lebih tinggi daripada dirinya, dibuat daripada periuk keluli tahan karat dan penutup.

    ‘Kek Perkahwinan’ itu dibuat dalam tiga tingkat, dengan tangga untuk orang berjalan naik ke atas. Ditempatkan di kawasan berhutan, ia juga mempunyai air dan lampu.

    Selepas kesemua bahagian kek selesai, ia akan dihantar ke England untuk dipasang. Kek itu akan didirikan di taman Waddesdon Manor di tenggara England, yang akan menghoskan majlis perkahwinan. Ia dijadualkan dilancar pada akhir Mei 2023. – AP

    Joanna Vasconcelos menunjukkan model saiz penuh kek perkahwinan seramik setinggi 12 meter dan 15 meter lebar di studio di Lisbon. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...