Thursday, September 29, 2022
32.9 C
Brunei

Artis grafiti Brunei ‘terbang’ ke Jakarta

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Tujuh artis grafiti daripada Kumpulan Guerrilla Artchitects (GA) terbang ke Jakarta, Indonesia hari ini untuk menyertai acara grafiti King Royal Pride 2022 anjuran Diton King selama dua hari dari 17 hingga 18 September nanti.

Menurut salah seorang ahli kumpulan tersebut, Mad Nycer, mereka akan mewakili Brunei bersama artis antarabangsa lain untuk menyertai acara tersebut. Mad Nycer menjelaskan GA telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada acara itu kerana mereka adalah pengedar cat Diton King di Brunei, jadi GA berharap untuk membuat rangkaian dan menimba pengalaman daripada artis-artis lain pada acara itu.

“Selepas sekian lama menyepikan diri daripada mengembara untuk acara seperti ini, GA berasa berbesar hati kerana dijemput dan tidak sabar-sabar untuk bertemu artis grafiti baharu dan lama di sana nanti,” katanya semasa ditemui Media Permata di hadapan Dewan Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di Berakas, hari ini.

“Seni grafiti adalah lebih daripada apa yang orang biasanya fikirkan secara negatif seperti vandalisme, tetapi kini ia adalah budaya tersendiri di mana kami berhubung dengan seniman kreatif dari seluruh dunia dan ia baik untuk kami bukan sahaja dari segi perniagaan, tetapi juga perkongsian pengetahuan,” tambah Mad Nycer.

The King Royal Pride 2022 akan menyaksikan artis grafiti antarabangsa dari 60 buah bandar dan 18 wilayah berkumpul, berjumlah kira-kira 800 ‘penulis’ untuk melukis di 70 dinding.

Artis grafiti daripada Kumpulan GA berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Jakarta untuk menyertai acara grafiti King Royal Pride.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -