Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Artis Jepun serlah kreativiti melalui arca sampuru

    TOKYO – Daripada ‘menara piza condong’ hingga ikan yang dihiris dan dimasak dan seekor naga yang muncul daripada buah naga, arca makanan plastik unik artisan Jepun telah dipamerkan di sebuah pameran di Tokyo.

    Model-model itu diperbuat secara terperinci menyerupai sama seperti mi sup dan snek rangup sebenar yang telah lama dipamerkan di luar restoran-restoran di Jepun di mana ia dipanggil ‘shokuhin sampuru’, atau sampel produk makanan.

    Sampuru biasa dipamerkan di luar kedai-kedai ramen dan restoran-restoran keluarga di seluruh Jepun seabad selepas kedai-kedai mula menggunakan model lilin untuk mengiklankan menu mereka kepada kelas pertengahan yang semakin meningkat.

    “Biasanya kami perlu mengikut arahan daripada pelanggan. Kami menerima pandangan mereka apabila kami membuat barangan,” kata artis makanan plastik Shinichiro Hatasa, 57, kepada AFP.

    Tetapi apabila mengimpikan reka bentuk yang menyeronokkan, “awda boleh menggunakan imaginasi awda. Bagaimana hasil terakhirnya terpulang kepada awda,” katanya.

    Arca jagung yang direka seperti sedang ‘berjemur’ di pantai. – AFP
    Gambar menunjukkan sampel makanan plastik untuk pameran yang dianjurkan oleh Iwasaki Group, Jepun di Tokyo. – AFP
    Seorang pekerja memeriksa arca makanan di kilang Iwasaki Group, Jepun. – AFP
    Antara arca makanan yang dipamerkan pada pameran tersebut. – AFP
    Setiap arca makanan akan dibuat serealistik yang mungkin. – AFP
    Seorang pekerja kilang menuang cecair pada acuan arca makanan. – AFP

    Untuk pameran itu, Hatasa membuat jagung yang sedang berjemur di pantai. Ciptaan lain yang dipamerkan termasuk udang goreng dengan empat kaki berlapis tepung roti berkeliaran seperti harimau di atas gunung kubis yang dicincang dan permainan Tetris yang diperbuat daripada ayam.

    Hidangan sarapan Jepun yang terdiri daripada kacang soya yang ditapai dipanggil natto kelihatan berputar di udara, menyerupai taufan kuat yang digelar sebagai ‘nattornado’.

    Kira-kira 60 arca telah dipamerkan, ada yang unik tetapi yang lain direka untuk mempamerkan kemahiran hebat artis.

    “Ia tidak nyata, tetapi ia kelihatan begitu nyata. Ia sangat hebat,” kata pengunjung pameran Reiko Ichimaru.

    ‘Burger adalah untuk pemula’
    Kesemua model itu dibuat oleh pakar di Iwasaki Group, pengeluar terkemuka ‘sampuru’ di Jepun, yang menyambut ulang tahun ke-90 tahun ini.

    Di sebuah kilang Iwasaki di Yokohama berhampiran Tokyo, tukang mula-mula mengambil acuan bahan-bahan daripada makanan sebenar yang dimasak oleh pelanggan restoran firma itu.

    Kemudian mereka memulakan kerja teliti menghias sampel untuk kelihatan serealistik yang mungkin, daripada titisan lembapan pada kaca yang sejuk kepada kesan halus pada permukaan buah.

    “Benda segar lebih sukar dibuat. Sayur segar, ikan segar. Barangan yang dimasak lebih mudah kerana warnanya kurang rumit,” kata ketua kilang Hiroaki Miyazawa, 44, kepada AFP.

    “Pati burger adalah untuk pemula,” tambahnya.

    Makanan palsu adalah pasaran berjuta-juta dolar di Jepun, tetapi pengeluaran sampuru telah dilanda pandemik COVID, yang mengurangkan permintaan untuk makan di luar.

    Pembuat sampuru berharap lebih ramai pelancong akan dibenarkan masuk ke negara ini tidak lama lagi untuk meningkatkan industri restoran, tetapi mereka juga menggunakan kemahiran unik mereka untuk digunakan di tempat lain.

    Sebagai contoh, tukang Iwasaki telah membuat replika pisang pada tahap kematangan yang berbeza untuk digunakan oleh kilang untuk melatih pekerja baharu.

    Tempahan juga telah diterima daripada peniaga jualan IT, yang ingin menggunakan model router wi-fi 5G palsu dalam pembentangan mereka. Sementara itu, pada pameran itu, persembahan yang lebih asli menggembirakan kanak-kanak dan orang dewasa.

    “Saya rasa bilangan restoran yang menggunakan paparan makanan plastik semakin berkurangan,” kata Yutaka Nishio, 52.

    “Memang menarik untuk mengekalkan ini sebagai seni. Ia benar-benar hebat.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...