Artis kudung atasi stigma menerusi seni

SIEM REAP, KEMBOJA – Bisikan kata menghina, pemulauan sosial dan peluang yang hilang – Morn Chear menyalurkan stigma yang telah dihadapinya sejak beliau kehilangan kedua-dua tangannya satu dekad lalu kepada kerja seni yang memaparkan kejerihan dan kesusahan kehidupan orang kurang upaya di Kemboja.

Pada usia 20 tahun, beliau terkena renjatan elektrik dalam kemalangan di tempat pembinaan dan kedua-dua tangannya mengalami gangren, mendorong doktor memotongnya di bawah siku.

“Saya berasa murung, saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan untuk memperoleh wang untuk menyara keluarga saya,” ceritanya kepada AFP tentang perasaan terkejut yang dialaminya apabila beliau sedar daripada pembedahan.

Sepuluh tahun kemudian, Chear telah memperoleh tempat di kesatuan kolektif seni yang berpangkalan di Siem Reap, di mana beliau mengkhusus dalam percetakan blok potongan lino atau Linocut, satu teknik yang jarang digunakan di Kemboja.

Open Studio Kemboja mempunyai beberapa artis kontemporari, menjual hasil karya mereka dari sebuah studio agak kecil di pusat bandar yang terkenal dengan kompleks kuil Angkor Wat.

Morn Chear membetulkan alat ketika menghasilkan reka bentuk blok potongan lino bercetak di Open Studio di wilayah Siem Reap. – AFP

Chear menyediakan dakwat untuk mencetak reka bentuk potongan lino di Open Studio di Siem Reap. – AFP
This photo taken on March 6, 2020 shows double amputee artist Morn Chear creating a linocut block print artwork on a paper at the Open Studio in Siem Reap province. – Whispered insults, social isolation, and lost opportunities — Morn Chear is channeling the stigma he has endured since he lost both his hands a decade ago into artwork that highlights the hardships of Cambodia’s disabled. (Photo by TANG CHHIN Sothy / AFP) / TO GO WITH Cambodia-arts-disabled, FEATURE by Suy SE

Percetakan blok potongan lino memerlukan tukang yang cekap untuk memahat satu pemandangan menjadi blok linoleum, dan seterusnya membubuh dakwat di penggelek cetak yang menyebabkan kedua-dua tangannya kudung dalam kemalangan sebelumnya.

“Kebanyakan kerja seni saya adalah mengenai kisah sebenar kehidupan saya,” beritahunya kepada AFP, membuat gerak isyarat kepada satu hasil yang memaparkan dirinya duduk dalam buaian rajut sementara orang lain berjalan menuju ke pagoda.

Chear terkenangkan tentang satu kejadian di mana kawannya menghinanya – ‘Jangan ajak dia keluar bersama kami, dia cacat, ia sungguh memalukan,” ceritanya tentang bisikan kata-kata kawannya.

Kemboja telah menjalani perubahan besar dalam tempoh dua dekad lalu, dengan bandar seperti Siem Reap dan ibu negara Phnom Penh berkembang maju pada kadar yang amat pesat untuk memenuhi permintaan ekonomi yang bergantung pada pelancong dan eksport.

Namun kesihatan dan pendidikan masih merupakan satu isu yang sensitif, dan bagi mereka yang kurang upaya, akses kepada kemudahan tersebut adalah lebih mencabar.

Satu tinjauan pada tahun lalu oleh Pertubuhan Orang Kurang Upaya Kemboja mendapati 60 peratus daripada golongan kurang upaya di negara hidup di bawah garis kemiskinan.

Pegawai kerajaan berkata 310,000 orang daripada 16 juta penduduk Kemboja mempunyai kecacatan, walaupun jumlah tersebut mungkin lebih tinggi kerana ramai yang tergolong di antara jurang tersebut.

Diskriminasi tersebar luas, dengan penduduk Kemboja melihat orang kurang upaya sebagai pengemis jalanan atau satu bebanan kepada keluarga mereka.

Bagi Chear, pemulauan sosial dari rakan sebaya yang akrab sebelum ini paling melukakan hatinya.

Beliau digelar ‘A-Kambot’ oleh penduduk kampung, perkataan Khmer yang menghina untuk orang cacat, selepas beliau pulang ke kampung – yang amat menusuk jiwanya, dan membuat dirinya tertanya-tanya sama ada hidup mempunyai erti atau berbaloi.

Perasaan lega datang pada tahun 2015 apabila beliau direkrut dalam program latihan kumpulan yang bukan berdasarkan keuntungan, mengajar beliau tarian kontemporari, lukisan, kemahiran komputer malah Bahasa Inggeris. Bekerja dengan Open Studio Kemboja pada 2018 nampaknya merupakan satu tindakan semula jadi, kerana ia membangkitkan semangatnya untuk menggunakan seni untuk memujuk orang awam melihat golongan kurang upaya sebagai orang yang berupaya.

“Sesetengah orang yang memandang rendah pada diri saya sebelum ini telah menjadi peramah sekali lagi,” kata Chear, menambah kerja seninya telah dipamerkan di Amerika Syarikat dan Perancis.

Namun untuk sekarang, dengan berbilion orang di seluruh dunia dipaksa tinggal dalam rumah disebabkan pandemik koronavirus, beliau terkenangkan tentang pemulauan sosial yang dialaminya sejurus selepas kehilangan kedua-dua tangannya.

“Saya berharap saya boleh mengatasinya,” beritahunya kepada AFP dari rumahnya di wilayah Kampot, pulang selepas bengkel ditutup untuk sementara waktu.

“Jika saya tidak dapat menghasilkan seni, saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan.” – AFP