Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artis tempatan maut dalam kemalangan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 8 Mei – Satu kes kemalangan sebuah motosikal yang melibatkan kematian seorang artis tempatan telah berlaku di Lebuh raya Muara-Tutong pagi tadi.

    Menurut laporan Pasukan Polis Diraja Brunei, Balai Polis Tutong menerima satu panggilan telefon dari 993 memaklumkan kemalangan sebuah motosikal berlaku di kawasan KM.42.7, Lebuh raya Muara-Tutong pada jam sekitar 7:21 Pagi.

    Mangsa merupakan seorang artis tempatan, Mohd Ruzaini bin Mohamad yang dikenali sebagai Adeb iaitu seorang vocalis Titans dan pernah mengikuti Nyanyian Realiti TV Passport To Fame (P2F).

    Jenazah Mohd Ruzaini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulaie pada tengahari tadi.

    Mengikut kenyataan yang diberikan, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Daerah Tutong.Punca kemalangan masih dalam siasatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda