Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Arul harap ‘Speedy Tigers’ kekalkan momentum

    KUALA LUMPUR, 2 DIS – Skuad hoki lelaki Malaysia bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 di Afrika Selatan, esok.

    Ketua jurulatihnya, A Arulselvaraj berkata skuad ‘Speedy Tigers’ yang bangkit daripada kekalahan tipis kepada Korea Selatan untuk mara ke separuh akhir dengan menewaskan Kanada dan Jepun, mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang mereka.

    Beliau turut berharap aksi menentang pasukan ranking ke-12 dunia itu yang dijadualkan pada waktu cuaca panas, jam 1:30 tengah hari waktu tempatan di Stadium NWU Astro, Potchefstroom, dapat memberikan kelebihan kepada anak buahnya yang menghuni ranking ke-10 dunia. – Bernama

    Arul berkata skuad ‘Speedy Tigers’ mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang mereka. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...