Sunday, August 14, 2022
25.2 C
Brunei

Arvin Singh intai peluang lakar kejutan di Hanoi

-

KUALA LUMPUR, 6 APRIL – Perenang muda Malaysia, Arvin Shaun Singh Chahal mengintai peluang untuk melakar kejutan pada Sukan Sea Hanoi di Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini.

Arvin yang akan beraksi pada acara 200 meter (m) individu medley lelaki, 4x100m dan 4x200m gaya bebas berganti-ganti, berkata beliau tidak sabar untuk mempamerkan renangan terbaiknya pada kemunculan kedua di temasya sukan tersebut selepas membuat penampilan sulung pada edisi 2019 di Filipina.

Atlet berusia 21 tahun itu berkata misi utamanya di Hanoi adalah untuk membantu kem renang Malaysia memperbaiki pencapaian sebelum ini dengan memenangi pingat emas sebagai keutamaan.

“Saya rasa saya sudah kembali ke tahap terbaik kerana saya keluar masuk dengan kecederaan sejak dua tahun lepas, bagaimanapun saya menyasarkan untuk membawa pulang pingat emas untuk negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas mengenai cabaran dan saingan sengit yang menantinya terutamanya perenang dari Singapura dan tuan rumah, arvin berkata beliau enggan memikirkan tentang pesaingnya, sebaliknya hanya mahu fokus pada tugasnya.

Beliau juga mengakui jarang menonton sebarang kejohanan renang bagi mengelakkan dirinya terganggu.

“Tugas saya adalah pergi ke sana dan bersedia untuk ‘berperang’, saya tidak peduli apa yang berlaku di sebelah saya kerana renang adalah sukan yang awda menentang masa awda. Tidak kisah siapa di sebelah awda asalkan awda berenang pada masa terbaik dan berpeluang memenangi pingat emas,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih renang Malaysia, Chris Martin yakin para perenangnya mampu beraksi lebih baik daripada edisi 2019 yang menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat emas masing-masing dalam acara 50m kuak dada dan 100m kuak dada wanita. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -