WASHINGTON, 19 Julai – Selepas mengharungi beberapa siri perasaan anti-perdagangan di Rumah Putih, pentadbiran Trump sedang mengambil pendekatan yang lebih tradisional untuk menyelesai isu dengan China: struktur rundingan formal yang mencatat perkembangan beransur-ansur, ada kalanya tidak memberangsangkan.
Jangkaan di kalangan pakar perniagaan adalah terkawal bahawa rundingan pertama hari ini akan menghasilkan keputusan mengenai isu lama dengan Beijing, seperti defisit perdagangan besar atau pengeluaran berlebihan keluli dan aluminium di seluruh dunia.
Sementara Presiden Donald Trump sebelum ini menyerang China berhubung amalan perdagangan yang tidak adil, pertemuannya dengan rakan sejawatan China Xi Jinping di tempat peranginan Florida pada April mencetuskan satu perubahan retorik dan pelancaran pelan kerjasama ekonomi 100-hari.
Ia membawa kepada pencapaian yang khusus, termasuk pembukaan pasaran China kepada eksport daging lembu AS, dan janji untuk membatalkan sekatan kepada urus niaga kad kredit AS dan perkhidmatan kewangan lain, termasuk penajaan jamin bon, yang dicapai sebelum mesyuarat hari ini.
Sementara itu, Trump mengikut jejak langkah dua pemimpinnya sebelum ini dalam melancarkan satu mekanisme untuk rundingan tetap yang dipimpin oleh Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross, serta Timbalan Perdana Menteri China Wang Yang.
Ia ditukar semula kepada Dialog Ekonomi Komprehensif AS-China (CED), tetapi, “Adalah tidak penting apa yang ingin anda panggil,” kata Jake Colvin, naib presiden Majlis Perdagangan Luar Nasional.
‘Dialog ekonomi peringkat tinggi’ itu boleh menjadi saluran berguna untuk meredakan ketegangan dan menyelesai perbalahan,” beritahunya kepada AFP.
Namun beberapa pakar berasa ragu-ragu rundingan, walaupun bertambah baik dengan merapatkan tumpuan berbanding dengan pendekatan pentadbiran Obama yang lebih luas, akan mendorong China membuka pasaran selanjutnya. – AFP