Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    AS akan bertindak terhadap ancaman China – Biden

    WASHINGTON, 8 FEB – Amerika Syarikat (AS) akan bertindak melindungi negaranya sekiranya China mengancam kedaulatannya, kata Presiden AS, Joe Biden dalam ucapan tahunan kelmarin.

    Biden berkata beliau komited bekerjasama dengan China yang boleh meningkatkan kepentingan AS selain memberi manfaat kepada dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    “Tetapi andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya,” kata Biden.

    Pada Ahad lepas AS menembak jatuh belon yang disyaki milik China, yang berlegar di ruang udara negara itu selama beberapa hari.

    Biden berkata beliau telah menjelaskan kepada Presiden China, Xi Jinping bahawa AS mahukan persaingan, bukan konflik.

    “Saya tidak akan meminta maaf kerana kami melabur untuk menjadikan Amerika kukuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...