AS ancam sistem perdagangan global

WASHINGTON, 8 Mac – Pesuruhjaya Perdagangan EU Cecilia Malmstrom (gambar bawah) semalam memberi amaran bahawa tindakan AS mengancam akan ‘menghentikan’ sistem perdagangan sejagat dan dia menggesa Washington bekerjasama membaharui peraturan perdagangan.

Dasar perdagangan agresif Presiden Donald Trump telah mensasarkan sahabat dan saingan tetapi beliau paling menumpu pada China kerana amalan yang tidak adil termasuklah pemindahan secara paksa teknologi AS, subsidi besar-besaran dan faedah perusahaan kerajaan.

Malmstrom berkata sementara kebimbangan AS pada ketidakmampuan peraturan perdagangan sejagat untuk menangani China dengan secukupnya adalah boleh difahami, tindakan Washington dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia, yang termasuklah menyekat badan penyelesaian yang dipertikaikan adalah menyusahkan.

EU dan AS ‘kerap mempersetujui diagnosis’ tentang ancaman terhadap perdagangan sejagat tetapi ‘kami tidak sentiasa menyetujui penawar,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada persidangan undang-undang perdagangan.

China ‘telah mengambil kesempatan’ dari peraturan WTO, ujarnya, tetapi dia menggesa AS supaya ‘bekerjasama mencari penyelesaian.” – AFP