Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS bakal kenakan tarif ke atas EU

    WASHINGTON, 31 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhasrat mengenakan duti import ke atas import keluli dan aluminium dari Eropah mulai esok, selepas rundingan berminggu-minggu lamanya yang gagal mencapai satu persetujuan, lapor The Wall Street Journal semalam.

    Pegawai perdagangan dari Washington dan Brussels telah meneruskan perbincangan untuk mencari satu jalan penyelesaian, seperti kuota import, yang akan memujuk Trump supaya melanjutkan pengecualiannya terhadap Kesatuan Eropah (EU) daripada tarif 25 peratus ke atas keluli dan 10 peratus ke atas aluminium. Namun The Wall Street Journal memetik individu yang rapat dengan perkara itu berkata perjanjian pada saat-saat akhir tidak mungkin dicapai dan pengumuman tarif mungkin keluar pada hari ini.

    Trump mengenakan tarif pada Mac lalu untuk mengatasi bekalan berlebihan logam berkenaan, tetapi walaupun ia menyasarkan pada China, ia juga menjejaskan sekutu AS.

    Amerika Syarikat berhasrat mengenakan duti import keluli dan aluminium dari Eropah, selepas rundingan berminggu-minggu lamanya AS dan Eropah gagal mencapai persetujuan. – AFP

    Washington mengecualikan Kanada dan Mexico daripada tarif berkenaan sementara rundingan diteruskan untuk mempertingkat Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara dan Korea Selatan bersetuju dengan kuota dan bukannya tarif.

    EU telah berikrar akan menyerang balas ke atas AS dengan mengenakan tarif bagi barangan AS, termasuk barangan ikonik seperti motosikal Harley-Davidson, jean biru dan sebagainya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda