Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    AS bantu Thailand bangunkan reaktor nuklear

    BANGKOK, 20 NOV – Amerika Syarikat (AS) akan membantu Thailand untuk membangunkan tenaga nuklear melalui reaktor kelas baharu yang kecil, yang merupakan sebahagian daripada program yang bertujuan untuk mengatasi perubahan iklim, kata Naib Presiden AS, Kamala Harris semasa lawatan beliau kelmarin.

    Rumah Putih berkata bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada Inisiatif Dunia Sifar Bersih, program yang dilancarkan tahun lalu semasa sidang kemuncak iklim Glasgow di mana AS bekerjasama dengan sektor swasta dan penderma untuk mempromosikan tenaga bersih.

    Thailand tidak mempunyai sebarang tenaga nuklear, dengan orang awam risau mengenai isu yang berbangkit selepas bencana di Fukushima, Jepun pada 2011.

    Rumah Putih berkata ia akan memberikan bantuan teknikal kepada Thailand untuk menggunakan teknologi pembangunan reaktor modular kecil, yang dibina di kilang dan mudah alih. Reaktor sedemikian dianggap lebih selamat dan ia tidak memerlukan campur tangan manusia untuk menutupnya sekiranya berlaku kecemasan.

    Menurut kenyataan Rumah Putih, pakar AS akan bekerjasama dengan Thailand mengenai penggunaan reaktor, yang akan mempunyai ‘standard keselamatan, sekuriti dan bukan percambahan yang paling tinggi’ dan akan mempunyai tapak tanah yang lebih kecil berbanding loji nuklear tradisional.

    AS menyaingi China dan Rusia, serta Argentina, yang turut membangunkan reaktor modular kecil, prototaip yang berada di peringkat rekaan.

    Rumah Putih tidak memberikan garis masa namun ia akan membantu Thailand, yang sangat terdedah kepada perubahan iklim, dalam usaha mencapai karbon neutral menjelang 2065.

    Harris ketika ini melawat sekutu AS bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan membincangkan usaha perubahan iklim dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha. – AFP

    Kamala Harris semasa menyertai forum perubahan iklim dan tenaga bersih di Bangkok, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...