AS batal amaran perjalanan luar negara

WASHINGTON, 7 OGOS – Amerika Syarikat (AS) semalam membatalkan amaran kepada rakyatnya untuk mengelak semua perjalanan luar negara disebabkan pandemik koronavirus, menandakan pemulihan dalam kes COVID-19.

Jabatan Negara berkata ia akan meneruskan perjalanan berdasarkan kes setiap negara.

“Dengan kesihatan dan keselamatan meningkat di beberapa negara dan kemerosotan di negara lain, jabatan sedang kembali kepada sistem kami sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kami terus menyarankan rakyat AS mengamalkan langkah berhati-hati apabila melakukan perjalanan ke luar negara disebabkan ciri-ciri pandemik yang tidak dapat diramalkan.” – AFP