Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    AS batal ujian COVID bagi perjalanan udara

    WASHINGTON, 12 JUN – Sebagai satu langkah besar dalam pembatalan beransur-ansur sekatan wabak COVID, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan baru-baru ini bahawa ujian COVID tidak lagi diperlukan bagi pelancong antarabangsa yang tiba melalui perjalanan udara.

    Penolong Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kevin Munoz mengesahkan berita tersebut di laman Twitter, dengan media AS berkata langkahtersebut akan berakhir pada hujung minggu ini.

    Semua penumpang perlu menunjukkan ujian virus COVID negatif yang diambil sejurus sebelum perjalanan atau bukti telah pulih daripada virus berkenaan dalam tempoh 90 hari lalu sebelum dibenarkan menaiki penerbangan.

    Munoz juga berkata, usaha Presiden Joe Biden dalam menghasilkan vaksin dan rawatan adalah sangat penting bagi melonggarkan sekatan perjalanan serta menambah bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit akan terus menilai data COVID di tengah-tengah peningkatan kes baru-baru ini.

    Pada bulan lalu, AS telah mencatatkan jumlah korban akibat COVID melebihi sejuta, dengan Biden mengakui kesedihan yang dialami keluarga dan menggesa rakyat AS agar terus berwaspada.

    AS merekodkan kematian pertama akibat COVID pada awal Februari 2020 di Pantai Barat.

    Sementara itu, vaksin telah disediakan secara percuma dan meluas, walau bagaimanapun, kadar pe-ngambilan suntikan adalah berbeza antara negeri.

    Persekutuan industri Airlines 4 America juga berkata, ”Industri penerbangan menghargai keputusan pentadbiran untuk menarik balik keperluan ujian sebelum pelepasan selaras dengan persekitaran epidemiologi semasa.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...