AS batalkan peraturan baharu

WASHINGTON, 15 JULAI – Amerika Syarikat (AS) membatalkan peraturan baharu yang tidak membenarkan pelajar antarabangsa tinggal di negara itu, jika kursus diadakan secara dalam talian untuk semester akan datang.

Perintah berkenaan dikeluarkan hakim persekutuan Allison Burroughs  kelmarin susulan  tuntutan difailkan minggu lalu oleh Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) terhadap peraturan baharu kerajaan persekutuan itu, lapor agensi berita Xinhua. Peraturan itu diumumkan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) pada 6 Julai tetapi masih belum dilaksanakan, mencetuskan kemarahan institusi pendidikan tinggi negara itu. – Bernama