AS belanja AS$1 bilion untuk vaksin COVID-19

WASHINGTON, 27 JULAI – Amerika Syarikat (AS) menggandakan pelaburannya kepada hampir AS$1 bilion bagi mempercepatkan pembangunan potensi vaksin COVID-19 oleh firma AS, Moderna yang akan memulakan fasa akhir ujian klinikal pada hari ini.

Moderna semalam turut mengumumkan bahawa kerajaan AS merancang membelanjakan sebanyak AS$427 juta sebagai peruntukan tambahan selepas sebelum ini mengeluarkan dana berjumlah AS$483 juta.

Syarikat bioteknologi itu menambah, pelaburan tambahan berkenaan sejajar dengan keputusan kerajaan bagi melebarkan lagi fasa ketiga pembangunan ujian klinikal itu bagi membolehkan ia diuji ke atas 30,000 calon. Pada ujian awal yang dilakukan dalam skala kecil, Moderna mengeluarkan eksperimental vaksin bagi penghasilan antibodi koronavirus membabitkan 45 orang peserta. – AFP