Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS benam Bolivia

    NEW YORK, 29 Mei – Tim Weah menjaringkan gol pada permulaan pertamanya ketika pasukan remaja Amerika Syarikat (AS) menewaskan Bolivia 3-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, semalam.

    Weah, 18, anak kepada legenda bola sepak Liberia George Weah menamatkan perlawanan pada minit ke-59 dengan kemenangan selesa bagi skuad Amerika di Stadium Talen Energy, Philadelphia.

    Weah yang juga penyerang Paris Saint-Germain merupakan antara beberapa pemain baharu dalam barisan ujian yang disenaraikan oleh jurulatih Dave Sarachan.

    Penyerang kelahiran New York itu sebelum ini telah bermain beberapa minit buat skuad AS, muncul sebagai pemain simpanan semasa perlawanan persahabatan yang menyaksikan kemenangan ke atas Paraguay pada Mac lalu.

    Sarachan mengambil alih tanggungjawab itu selepas Bruce Arena disingkirkan selepas AS gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

    Jaringan Weah muncul pada minit ketujuh selepas pemain remaja Eropah, Josh Sargent menjaringkan go kedua buat pasukan itu.

    Sargent, yang menempat kedudukan dalam skuad Bundesliga di bawah kendalian Werder Bremen, belum lagi membuat kemunculan secara profesional di peringkat kelab, telah berjaya mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gawang Bolivia Guillermo Viscarra untuk menjaringkan gol pada minit ke-52.

    Terdapat sedikit situasi berbahaya apabila Viscarra cuba melewati Sargent ketika berada di dalam kawasannya sendiri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda