Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    AS benarkan rampas pesawat syarikat tenaga Rusia

    WASHINGTON, 9 MAC – Mahkamah New York membenarkan rampasan pesawat Boeing 737-7JU milik syarikat tenaga Rusia Rosneft dengan alasan melanggar sekatan eksport serta sekatan Amerika Syarikat ke atas Rusia, Jabatan AS Keadilan (DoJ) memaklumkan kelmarin.

    Menurut kenyataan DoJ, pesawat Boeing bernilai kira-kira AS$25 juta itu berlepas dari negara asing ke Rusia sekitar tujuh kali sejak Februari 2022, sejak sekatan eksport dikuat kuasa dan menghalang pesawat itu daripada memasuki semula Rusia, lapor dpa.

    Rampasan itu “berdasarkan kemungkinan pelanggaran Akta Pembaharuan Kawalan Eksport (ECRA) dan sekatan yang dikenakan terhadap Rusia baru-baru ini,” menurut DoJ dalam satu kenyataan.

    AS telah mengenakan beberapa sekatan terhadap Moscow sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022, termasuk kawalan eksport dan keperluan lesen untuk melindungi keselamatan negara AS dan kepentingan dasar luar.

    “Sekatan Rusia kini diperluaskan termasuk larangan ke atas eksport atau pemindahan dalam negara, antara lain, pesawat buatan AS ke atau dari Rusia tanpa lesen atau pengecualian lesen sah untuk pesawat yang dimiliki, atau di bawah sewaan atau pajakan Rusia atau warga Rusia,” menurut DoJ. – Bernama

    Mahkamah New York benarkan rampasan pesawat milik syarikat tenaga Rusia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...