Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS benarkan semula suntikan vaksin J&J

    WASHINGTON, 25 APRIL – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan semula pemberian suntikan vaksin Johnson & Johnson (J&J) yang ditangguhkan sementara susulan kebimbangan akan kesan darah beku.

    Rabu lalu, pihak berkuasa kesihatan AS mengesyorkan pemberian suntikan vaksin J&J ditangguhkan sementara susulan kesan darah beku di kalangan penerima vaksin berkenaan.

    Pengumuman itu dibuat selepas pakar kesihatan negara itu mencadang-kan supaya menarik balik penangguhan itu kerana melihat manfaat suntikan vaksin itu walaupun terdapat risiko pembekuan darah yang sangat jarang berlaku.

    Ketua Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS, Janet Woodcock berkata pihaknya membuat kesimpulan bahawa manfaat dan potensi daripada suntikan vaksin J&J melebihi risiko yang diketahui dan berpotensi untuk individu berusia 18 tahun ke atas.

    “Kita sudah menetapkan perkara ini (benarkan semula suntikan vaksin J&J) kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

    Ketua CDC, Rochelle Walensky pula berkata kesan darah beku sangat jarang berlaku dan pihaknya bersama FDA akan terus memantau dengan teliti program vaksinasi. – AFP

    Vaksin Johnson & Johnson kelihatan di tapak vaksinasi di Staten Island, New York.Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat semalam membenarkan semula pemberian suntikan vaksin J&J yang ditangguhkan sementara susulan kes darah beku. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda