AS ‘berdusta’ – China

BEIJING, 9 SEPT – China membidas Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas Setiausaha Negara Mike Pompeo menggelar layanan Beijing terhadap penduduk minoriti etnik Uighur di antara “noda paling teruk ke atas dunia.’

Bercakap di Universiti Negeri Kansas pada minggu lalu, Pompeo berkata Washington akan menggunakan Perhimpunan Agung PBB pada bulan ini untuk mendapatkan sokongan untuk penduduk Uighur, penduduk minoriti Islam yang telah melihat pemenjaraan beramai-ramai di bawah kerajaan China.

“Dusta ahli politik Amerika tidak dapat menipu orang di seluruh dunia dan hanya akan mendedahkan tujuan motif politik tersembunyi mereka,” kata jurucakap kementerian luar negeri China Hua Chunying.

“Kami meluahkan perasaan tidak puas hati kami dan tentangan terhadap pegawai AS yang tidak menghiraukan fakta dan campur tangan dalam hal ehwal dalam negara China,” beritahunya kepada wartawan pada taklimat media di Beijing.

China telah menerima tumpuan antarabangsa berhubung dasarnya di rantau timur laut Xinjiang, di mana satu juta penduduk Uighur dan penduduk minoriti Islam lain sedang ditahan di kem pendidikan semula, menurut hasil dapatan panel PBB bebas pada 2018.

Selepas menolak kewujudan mereka, Beijing kini mempertahankan kem berkenaan, yang digelarnya ‘pusat pendidikan vokasional’, sebagai langkah yang wajar untuk membendung fahaman pelampau agama dan keganasan.

Namun bekas tahanan dan kumpulan hak berkata individu menghadapi indoktrinasi dan penganiayaan politik. – AFP