Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS beri amaran ‘perjuangan’ terhadap rejim dahagakan kuasa

    HONIARA, 7 OGOS – Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi amaran kepada Kepulauan Pasifik tentang perjuangan baharu menentang rejim yang dahagakan kuasa, ketika dia mengadakan lawatan ke Kepulauan Solomon bagi menandakan ulang tahun ke-80 Pertempuran Guadalcanal semasa Perang Dunia Kedua.

    Dengan China mengadakan latihan di sekitar Taiwan dan Rusia menyerang Ukraine, Timbalan Setiausaha Negeri AS, Wendy Sherman mengutuk pemimpin dunia yang menggunakan kekerasan.

    Semasa menghadiri upacara memperingati di Kepulauan Solomon, Sherman berkata ‘beberapa buah negara di seluruh dunia’ lupa mengenai akibat peperangan, atau mengabaikan pengajaran masa lalu.

    Dia mengutuk ‘pemimpin-pemimpin yang percaya bahawa pemaksaan, tekanan dan keganasan sebagai alat untuk digunakan tanpa dihukum,” dengan tidak menyebutkan nama pemimpin secara khusus.

    Sherman mengetuai delegasi AS ke Kepulauan Solomon bagi menandakan ulang tahun Pertempuran Guadalacanal.

    Wendy Sherman semasa tiba di Capitol ketika senat menerima taklimat mengenai perang di Ukraine, di Washington. Wendy memberi amaran kepada Kepulauan Pasifik tentang perjuangan baharu menentang rejim yang dahagakan kuasa semasa ulang tahun ke-80 Pertempuran Guadalcanal semasa Perang Dunia Kedua. – AP

    “Hari ini kita sekali lagi berdepan dengan perjuangan yang berbeza – perjuangan yang akan berterusan untuk satu tempoh yang lama.”

    Kunjungan Sherman dibuat ketika AS bergelut untuk membina semula hubungan diplomatik di rantau di mana pengaruh China semakin kuat dan hubungan demokratik tidak stabil.

    Kerajaan Perdana Menteri Manasseh Sogavare baru-baru ini menandatangani perjanjian keselamatan rahsia dengan Beijing, langkah yang dibuat untuk membendung kebebasan bersuara dan untuk menangguhkan pilihan raya.

    Sherman, sekali lagi tanpa menyebutkan nama, memberitahu Kepulauan Solomon ‘ia adalah terpulang kepada kita sama ada mahu terus membiarkan masyarakat bebas bersuara’.

    Sherman turut memberi amaran bahawa Washington ingin meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Kepulauan Pasifik ‘yang sangat penting’, termasuk membuka kedutaan di Tonga, Kiribati dan Kepulauan Solomon. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...