Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    AS buka semula kedutaan di Ukraine

    WASHINGTON, 19 MEI – Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Kyiv, Rusia selepas ditutup hampir tiga bulan akibat perang Rusia-Ukraine, kata Jabatan Negara AS.

    Setiausaha negara AS, Antony Blinken, dalam satu kenyataan, berkata penduduk Ukraine dengan bantuan keselamatan AS, berjaya mempertahankan tanah air mereka.

    “Bendera AS akan berkibar semula di bumi Ukraine dan kami akan terus bersama awda, kerajaan serta rakyat Ukraine bagi menentang keganasan Rusia.

    “Ketika mengambil langkah bersejarah ini, kita sudah meningkatkan aspek kawalan bagi menjamin keselamatan rakan sekerja yang kembali ke Kyiv serta menambah baik protokol kawalan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...