Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS ‘cari alasan’ untuk musnahkan perjanjian nuklear

    TEHRAN, 15 Sept – Amerika Syarikat ‘mencari alasan’ untuk merobek perjanjian nuklear dengan Iran dengan meminta pemeriksaan-pemeriksaan tapak tentera, salah satu daripada pegawai tertinggi republik Islam itu berkata hari ini.

    “Iran tidak memiliki aktiviti nuklear yang tidak didedahkan di mana-mana lokasi di negara itu,” setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Ali Shamkhani berkata dalam televisyen kerajaan.

    “Isu-isu yang dibangkitkan itu adalah gembar-gembur media oleh rakyat Amerika agar mereka dapat menahan diri daripada memenuhi janji-janji mereka.”

    Washington telah dilaporkan untuk meminta pemeriksaan pada tapak-tapak tentera Iran sebagai sebahagian pengesahan pematuhan dengan perjanjian nuklear 2015 yang mengehadkan program nuklear atom Iran dalam pertukaran bagi satu pelonggaran sekatan.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa tidak ada kewajipan untuk menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan tapak tentera melainkan terdapat syak wasangka aktiviti haram.

    Ia menambah, mereka telah membuat pemeriksaan berganda di Iran sejak perjanjian itu dan tidak terdapat bukti bahan nuklear telah dipindah ke tapak lain. Shamkhani menuduh pentadbiran Presiden Donald Trump akan “tingkah laku tidak konstruktif dan mencari alasan… yang merupakan satu cubaan aktif untuk merosakkan perjanjian antarabangsa ini.”

    “Iran telah bertindak dalam rangka kerja perjanjian ini dan garis pandu spesifik di bawah JCPOA (perjanjian nuklear) dan tidak akan menerima sebarang kewaji pan lebih daripada itu,” katanya. Dia mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar, Mohammad Javad Zarif di laman twitter kelmarin bahawa idea untuk merundingkan semula perjanjian nuklear itu adalah ‘fantasi semata-mata’.

    “#JCPOA tidak boleh dirundingkan semula. Perjanjian yang ‘lebih baik’ hanyalah fantasi. Sudah masanya buat AS berhenti memutar belitkan dan mula mematuhi, seperti mana Iran,” tulis Zarif. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda