AS catat 382 kes kematian terendah COVID-19

WASHINGTON, 15 JUN – Amerika Syarikat (AS) mencatat 382 kes kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian mencecah 115,729 kes.

Kes kematian itu adalah terendah dalam tempoh 24 jam di AS, sejak ia meningkat pada pertengahan April lalu, iaitu 800 kes sehari.

Sebanyak 2,093,335 kes direkod Universiti John Hopkins pada jam 8:30 malam semalam waktu tempatan.

Sehingga kini, negara itu merekodkan kira-kira 20,000 kes baharu setiap hari dan ia berdepan kesukaran untuk berkurangan berikutan jumlah jangkitan yang tinggi di seluruh negara. – AFP