Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    AS catat kemenangan berharga kelayakan CONCACAF

    LOS ANGELES, 28 JAN – Pemain pertahanan Fulham, Antonee Robinson berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Amerika Syarikat (AS) menghampiri kelayakan Piala Dunia kelmarin setelah menundukkan El Salvador 1-0.

    Robinson menyumbat gol pada minit ke-52 di Lower Field, Columbus, Ohio, untuk memberikan AS tiga lagi mata berharga dalam saingan kelayakan CONCACAF untuk bermain di Qatar.

    Akan tetapi ia adalah kemenangan yang kurang meyakinkan buat anak buah Gregg Berhalter, yang terpaksa berhempas pulas memecah kubu El Salvador, yang masih berada di tangga tercorot.

    Kemenangan tersebut memberikan AS kedudukan teratas dengan 18 mata daripada sembilan perlawanan, meskipun Kanada boleh merampas kedudukan bergantung kepada keputusan perlawanan di laman lawan menentang Honduras. – AFP

    Reaksi Antonee Robinson meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang El Salvador, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...