Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS catat kes pertama polio lepas sedekad

    NEW YORK, 24 JULAI – Selepas hampir sedekad, Amerika Syarikat (AS) semalam melaporkan kes pertama polio apabila Jabatan Kesihatan New York mengesahkan, individu yang menetap di Rockland County, 48 kilometer di utara Manhattan, positif penyakit itu.

    Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, kali terakhir AS merekodkan kes polio adalah pada 2013. Kes terbaharu itu adalah daripada jenis yang ‘menunjukkan rantaian jangkitan daripada individu yang menerima vaksin polio oral (OPV), kata beberapa pegawai.

    OPV itu bagaimanapun sudah dihentikan di AS pada 2000.

    Jabatan Kesihatan New York dalam satu kenyataan berkata, ini menunjukkan virus itu mungkin berasal dari luar AS yang mana OPV ditadbir, kerana strain berbalik tidak boleh muncul daripada vaksin tidak diaktifkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...