AS catat pertumbuhan ekonomi 6.5 peratus

WASHINGTON, 30 JULAI – Didorong oleh vaksinasi dan bantuan kerajaan, ekonomi Amerika Syarikat (AS)bertumbuh pada kadar tahunan 6.5 peratus suku terakhir dalam satu lagi petanda negara itu telah mencapai pemulihan mapan daripada kemelesetan pandemik.

Jumlah saiz keseluruhan ekonomi telah melepasi tahap sebelum pandemik.

Laporan pada Khamis daripada Jabatan Perdagangan menganggarkan keluaran dalam negara kasar negara – jumlah keluaran barangan dan perkhidmatan – meningkat pesat dalam suku April hingga Jun daripada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.3 peratus dalam suku pertama tahun ini.

Angka terbaharu adalah jauh lebih rendah daripada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 8 peratus yang diramalkan oleh kebanyakan ahli ekonomi untuk suku kedua. Namun keputusan tersebut disebabkan terutamanya rantaian bekalan yang tidak lancar berkaitan dengan pembukaan semula ekonomi. – AP

Gambar fail menunjukkan seorang individu berjalan melalui pejabat Jabatan Pembangunan Pekerjaan California di Sacramento, California. – AP