Saturday, November 2, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS cecah satu juta kematian akibat COVID

    NEW YORK, 12 MEI – Amerika Syarikat (AS) telah melepasi angka sejuta kematian akibat COVID, kata Rumah Putih hari ini, ketika bandar-bandar seperti New York berusaha mengawal pandemik meskipun timbulnya ancaman satu lagi wabak bakal meletus.

    “Hari ini, kami mencatat satu peristiwa tragik: sejuta penduduk AS hilang nyawa kepada COVID,” kata Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan.

    Beliau menyeru semua orang supaya ‘kekal berhati-hati terhadap pandemik ini’ dan berkata adalah ‘penting’ untuk Kongres membiayai sumber seperti ujian, vaksinasi dan rawatan.

    Bagi kebanyakan orang, angka kematian lebih satu juta itu sukar diterima.

    “Ia tidak dapat dibayangkan,” kata Diana Berrent, antara individu pertama di New York dijangkiti virus itu berhubung jumlah korban yang jauh melebihi ramalan terburuk ahli epidemiologi yang dibuat ketika krisis wabak pada musim bunga 2020.

    Seterusnya, bandar New York menjadi pusat virus dengan hospital dan bilik mayat melimpah serta jalan kosong berbunyi dengan siren ambulans.

    Dua tahun selepas itu, kehidupan di Big Apple sebahagian besarnya kembali normal apabila penduduk cuba meletakkan trauma kolektif virus yang membunuh 40,000 penduduk New York di ‘belakang’ mereka.

    Lembaga pelancongan Big Apple juga tidak menjangkakan jumlah pelawat akan kembali kepada 67 juta orang yang dicatat pada 2019 untuk beberapa tahun ini, manakala pemilik perniagaan juga takut gelombang jangkitan lain akan berlaku.

    “Jelas sekali kami bimbang,” kata Frank Tedesco yang tidak pasti bagaimana dia boleh mengekalkan perniagaan barangan kemas jika satu lagi penutupan berlaku akibat sekatan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan mayat mangsa COVID dalam keranda di Rumah Mayat Stauffer di Fredercik, Maryland. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda