AS, China berunding lagi minggu depan

WASHINGTON, 10 Feb – Dengan tarikh akhir 1 Mac semakin dekat, pegawai AS dan China akan berunding minggu depan untuk mengelak berlakunya perbalahan perniagaan yang mempunyai kesan besar terhadap ekonomi global.

Ekonomi China telahpun menunjukkan tanda-tanda meleset, sementara perang perniagaan telah menjejaskan keyakinan perniagaan AS, apabila tarif telah menaikkan harga dan membantu melumpuhkan pasaran eksport utama.

Dan strategi agresif Presiden Donald Trump telah gagal menghasilkan pengurangan dalam defisit dagangan AS dengan China, yang ditetapkan oleh beliau sebagai satu matlamat utama.

Di bawah ancaman pertambahan dalam tarif sebaik sahaja perdamaian 90 hari luput tempohnya, pasaran kewangan di seluruh dunia telah kehilangan pengaruh dalam beberapa hari ini apabila komen mengenai status rundingan menjadi lebih hati-hati.

Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin akan memimpin wakil AS untuk rundingan ketiga pada Khamis dan Jumaat di Beijing.

Sementara pegawai nampaknya optimistik selepas rundingan pada minggu lalu di Washington, lebih banyak komen terbaru telah menjejaskan pasaran kewangan, memperbesarkan kebimbangan mengenai bagaimana perbalahan akan menjejaskan pertumbuhan global. – AFP