AS dedah pavilion megah bagi Ekspo Dubai 2020

DUBAI, 18 NOV – Bercirikan rekaan bintang dan modul roket SpaceX, pavilion Amerika Syarikat (AS) di tapak terbesar Ekspo Dubai 2020 telah diserahkan hari ini kurang daripada setahun sebelum pelancaran pesta dunia yang ditangguhkan itu.

Acara mega enam bulan itu menjadi mercu penting bagi emiriah Teluk yang kaya raya yang membelanjakan AS$8.2 bilion ke atas tapak yang mengagumkan dalam harapan dapat merangsang kuasa lembutnya dan memantapkan semula ekonomi, serta akan membuka pintunya pada Oktober 2021 selepas pandemik koronavirus memaksa penangguhan selama satu tahun.

Meskipun ditangguhkan, sekumpulan pekerja memakai penutup mulut dan hidung masih berlumba-lumba untuk menyelesaikan puluhan pavilion bagi 192 negara yang menyertainya, termasuk Israel, yang menandatangani perjanjian pemulihan hubungan bersama Emiriah Arab Bersatu pada September.

Pavilion AS akan ‘menunjukkan nilai-nilai kami’, kata Duta AS ke UAE, John Rakolta Jr memberitahu jurnalis semasa majlis penyerahan.

Tema bangunan perak yang dihiasi bintang itu adalah lambang ‘kehidupan, kebebasan dan mengejar masa depan’, katanya.

Sebaik dirasmikan, para pengunjung akan dibawa menjelajah menerusi laluan pejalan kaki yang bergerak menelusuri bangunan.

Dijangka menekankan nilai-nilai Amerika, laman web pavilion itu berkata delegasi AS berhasrat untuk mempamerkan ‘Kebebasan Amerika, ideal, usahawan dan inovasi’. – AFP

Bangunan pavilion AS didedahkan di tapak Ekspo Dubai 2020 pada 18 November. – AFP