Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS dedah strategi baharu Afrika

    WASHINGTON, 8 OGOS – Rumah Putih hari ini mendedahkan matlamat dasar baharu meluas untuk sub-Sahara Afrika, dengan para pegawai pentadbiran berusaha untuk mengikat kemajuan demokrasi, ekonomi dan keselamatan rantau itu dengan keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).

    Para pegawai dalam pentadbiran Presiden Joe Biden memberitahu wartawan bahawa ‘Strategi AS ke arah Sub-Sahara Afrika’ baharu akan melibatkan pemimpin rantau ini secara aktif dalam isu-isu dari perubahan iklim hingga pemulihan pandemik kepada ketidakselamatan makanan, sambil memikirkan penglibatan ketenteraan di benua itu ‘secara lebih holistik’.

    Komen mereka semasa di luar taklimat kelmarin muncul semasa penghujung semakan dasar lanjutan oleh pentadbiran Biden dan ketika Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengadakan perjalanan ke tiga negara Afrika.

    Beliau dijangka menyampaikan ucapan dasar utama di Pretoria, Afrika Selatan hari ini.

    Rancangan yang difikirkan semula itu muncul ketika pengkritik berkata tumpuan AS untuk memerangi kumpulan pelampau di Afrika hanya membuahkan hasil yang sedikit, walaupun China dan Rusia telah membuat penembusan berterusan di benua besar itu dengan menggunakan alat diplomatik dan ekonomi secara agresif.

    Dalam kertas dasarnya yang menggariskan strategi baharu AS, pentadbiran Biden mempertahankan desakan untuk keterbukaan dan demokrasi yang lebih besar di sub-Sahara Afrika akan membantu ‘menangani aktiviti berbahaya daripada Republik Rakyat China, Rusia dan negara lain’. – AFP

    Setiausaha AS, Antony Blinken semasa menyampaikan ucapan bagi Strategi AS-Afrika di Kampus Universiti Pretoria pada 8 Ogos. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...